Pusat data Malaysia: Empat garis utama aspek penting

Pusat data Malaysia: Empat garis utama aspek penting

FRANCISCO RETONDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembinaan pusat data di negara ini perlu berteraskan empat faktor dalam memastikan ia dibangunkan secara strategik dan sistematik selain garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus Sika Malaysia Francisco Retondo berkata, pembinaan infrastruktur kritikal tersebut memerlukan tahap perlindungan tertinggi dengan reka bentuk tahan bencana yang menggabungkan sistem kalis api dan kalis air dalam melindungi infrastruktur teknologi maklumat (IT).

Selain itu katanya, pembinaan pusat data juga perlu mengikut keadaan iklim dengan bahan penebat cekap tenaga.

“Pusat data juga perlu direka bentuk modular bagi membolehkan kemampuannya meningkat dengan cepat sebagai tindak balas kepada peningkatan permintaan untuk perkhidmatan digital, storan awan atau aplikasi dipacu kecerdasan buatan (AI) .

“Kebolehsuaian ini juga mengurangkan kos memastikan ia boleh berkembang selari dengan kemajuan teknologi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, pusat data merupakan sebuah bangunan fasiliti yang digunakan untuk menempatkan peralatan dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi secara berpusat bagi tujuan mengurus data seperti menyimpan, mengumpul, memproses dan mengagih data bagi kegunaan sesuatu organisasi atau syarikat.

Sehingga Mei lalu, sebanyak 32 pusat data telah beroperasi di negara ini, manakala 19 lagi sedang dalam pembinaan dengan kawasan tumpuan utama pusat data di Malaysia meliputi Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya