Pusat Data Bagan Datuk pencetus pembangunan ekonomi digital

Pusat Data Bagan Datuk pencetus pembangunan ekonomi digital

AHMAD Zahid (tengah) ketika hadir dalam majlis MOU semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Pembangunan Pusat Data di Bagan Datuk, Perak yang akan dimulakan pada suku ketiga tahun depan bakal pencetus kepada Malaysia untuk pemain utama sektor ekonomi digital global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pusat data dibangunkan Mara Incorporated Sdn. Bhd. dan Felcra Berhad itu bakal menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden, membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan, perdagangan elektronik dan industri teknologi tinggi.

Menurutnya, usaha membangunkan Pusat Data Peringkat Empat di Bagan Datuk ini bakal menjadikan daerah tersebut berpotensi dalam sektor teknologi, setanding dengan pusat metropolitan lain di seluruh dunia.

“Fasiliti bertaraf antarabangsa ini juga berpotensi menarik pelaburan asing khususnya syarikat multinasional yang akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi serantau,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Mara Incorporated Sdn. Bhd. dan Felcra Berhad bagi Pembangunan Pusat Data di Bagan Datuk, Perak, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc., Ts Mohd. Fadzil Mohd. Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Idris Lasim dan Ketua Pegawai Eksekutif PRIVASIA Technology Berhad, Datuk Puvanesan Subenthiran

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, pemilihan kawasan strategik itu akan menjadi hub pembangunan ekonomi di kawasan desa berhampiran, sekali gus memberi manfaat ekonomi yang besar untuk masyarakat setempat.

Malah katanya, pembangunan itu selari dengan jangkaan RHB Research pada Oktober lepas dengan Malaysia dijangka muncul sebagai hab pusat data terbesar di rantau ASEAN, dengan inventori diunjurkan mencapai empat gigawatt (GW) dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

“Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai lokasi pusat data paling pesat berkembang di rantau ini.

“Ia bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi digital tetapi juga menjadi pemangkin kepada transisi negara ke arah penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau Renewable Energy,” katanya.

Dijangka siap dalam tempoh 10 tahun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, projek itu bakal mewujudkan peluang pekerjaan merangkumi pelbagai bidang termasuk teknikal, pembinaan dan pengurusan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya