Puma hangatkan demam Squid Game - Utusan Malaysia

Puma hangatkan demam Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama sukan terkenal, PUMA dan siri Netflix fenomena, Squid Game, kembali berkolaborasi bersempena pelancaran musim kedua siri tersebut.

Dalam satu kenyataan, koleksi baharu ini mengetengahkan permainan baharu dari musim kedua, iaitu permainan mingle yang terdiri daripada dua item baharu untuk melengkapi koleksi asal: kasut PUMA Palermo dan kemeja-T grafik yang unik.

Kasut Palermo tampil dengan ciri boleh disesuaikan, termasuk lidah kasut yang boleh ditukar dengan warna berbeza, melambangkan pilihan pintu dalam permainan mingle sementara label Palermo yang ikonik turut menyembunyikan easter egg berkaitan Squid Game, sementara perincian berinspirasikan sarkas menambah unsur permainan kepada reka bentuk kasut ini.

Sementara itu, kemeja-T yang diperkenalkan pula menampilkan grafik permainan mingle di bahagian belakang, bersama label kolaborasi PUMA x Squid Game yang eksklusif.

Di samping itu, peminat siri tersebut juga boleh menyertai aktiviti PUMA x Squid Game yang sedang berlangsung sehingga 29 Disember di Sunway Pyramid, LG2 Orange Wing. Pengunjung boleh mencabar rakan-rakan dalam permainan Dalgona untuk berpeluang memenangi rantai kunci eksklusif Squid Game.

Selain itu, pelanggan yang membeli koleksi PUMA x Squid Game juga akan menerima rantai kunci eksklusif tersebut, yang hanya tersedia di kedai PUMA terpilih dan selama stok masih ada.

Koleksi Mingle Game kini tersedia di PUMA.com, kedai PUMA terpilih, dan peruncit lain dengan harga RM189 untuk kemeja-T. Kasut Palermo pula hanya dijual di Solewhat pada harga RM449.

Kolaborasi antara PUMA dan Squid Game ini bukan sahaja menambah elemen permainan kepada gaya fesyen, tetapi juga membawakan pengalaman unik kepada peminat sukan dan siri televisyen popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya