'Pulanglah nanti kau tidak dapat peluk anak-anak'

‘Pulanglah nanti kau tidak dapat peluk anak-anak’

LINA Sham (tiga kiri) bersama anak-anak mendiang semasa menyambut ketibaan jasad Olivia Richard di MASKargo di Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Saya menyesal marah dia (mendiang Olivia) sebab lama dia tidak nampak (jumpa) anak-anaknya. Tidak tahu pula dia pulang dalam keadaan begini,”.

Demikian luahan ibu kepada Olivia Richard, 46, yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa berada di bandar Andong Wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan pada 4 Disember lalu.

Lina Sham, 61, berkata, macam mana pun dia marah anak keduanya itu, namun, mendiang tidak pernah terasa hati dan hanya ketawa semasa dimarahi. Keperibadian mendiang memang seorang yang ramah dan suka bergurau senda.

“Semasa dia (mendiang) menghubungi saya pada hujung bulan Oktober, saya cakap dengan dia, kau tidak rindukan anak-anak? Anak kau sudah besar sejak dari kecil kau tinggalkan. Baliklah, nanti kau tidak dapat peluk anak-anak kau.

“Saya memang marah dia tapi, saya betul-betul kasihan dengan dia sebab sanggup merantau mencari rezeki untuk keluarga,” katanya ketika ditemui semasa menyambut ketibaan jasad anaknya di MASKargo, hari ini.

Ibu kepada tujuh anak berkata, mendiang sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk pulang ke Sabah namun, tidak sangka dia pulang untuk selama-lamanya dalam keadaan jasadnya tidak lagi bernyawa.

Katanya, ketiga-tiga anak mendiang dijaga dan dibesarkan olehnya di Kampung Novoung, Papar sebelum dijaga oleh bapa mereka setelah keadaan kesihatannya tidak lagi mengizinkan untuk menjaga cucu-cucunya.

Lina berkata, setiap kali sambutan hari jadinya, mendiang akan kirimkan wang melalui adiknya, Dora untuk membelikannya hadiah hari jadi. Namun, mendiang tidak sempat berbuat demikian semasa sambutan hari jadinya pada 17 Disember lalu.

Katanya, sambutan Krismas mereka sekeluarga pada tahun ini tidak lagi sama dengan tahun-tahun sebelumnya tanpa mendiang. Sebelum ini, mendiang yang banyak menampung perbelanjaan keluarga untuk meraihkan sambutan Krismas.

Sementara itu, anak sulungnya, Adrian Esdony, 14, berkata, semasa mami membuat panggilan video pada awal Disember, mami ada berpesan agar dia menjaga adik-adik kerana maminya demam disebabkan sekarang musim sejuk di Korea Selatan.

“Memang saya rindu dengan mami. Saya ada tanya bila mami akan balik? mami cakap tidak tahu lagi. Jadi, memang terkejut bila dengar berita mami meninggal dunia di Korea,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim turut hadir menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Jasad mendiang Olivia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Libagu, Papar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya