Proses dialog wilayah sempadan Thailand perlu direalisasikan - Anwar

Proses dialog wilayah sempadan Thailand perlu direalisasikan – Anwar

ANWAR Ibrahim pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Thailand bersedia melakukan apa sahaja yang perlu dalam memastikan proses dialog dengan wilayah sempadan selatan Thailand dapat direalisasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini penting untuk membawa kepada rancangan lebih komprehensif sekali gus bersama ke arah keamanan.

“Seperti yang telah dipersetujui, keamanan dengan pembangunan adalah matlamat utama, di mana manfaatnya ialah pertama, memastikan keamanan.

“Kedua, pembangunan dapat dilihat di selatan Thailand dan utara Malaya, kerana wilayah di utara memerlukan pelaburan tambahan, begitu juga dengan wilayah di selatan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, Malaysia dan Thailand juga berkongsi pendirian bersama mengenai isu Laut China Selatan selain menghormati Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) iaitu mengekalkan hubungan baik dengan semua negara.

Selain itu, katanya, Anwar berkata, kedua-dua negara juga berkongsi pendirian sama mengenai Myanmar.

“Walaupun kami komited untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara sepenuhnya, kami turut mengambil langkah melalui dialog tidak rasmi di pelbagai peringkat bagi memastikan Myanmar mengambil bahagian dan kembali sepenuhnya sebagai sebahagian daripada ASEAN,” katanya.

Pada masa sama, Anwar juga berterima kasih kepada Thailand kerana berkongsi pendirian sama berkenaan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli penuh ASEAN.

“Kami sedang bekerjasama erat untuk memastikan beberapa syarat yang dikenakan dapat dipenuhi sebelum memuktamadkan mesyuarat awal dengan ASEAN, yang diharapkan menjelang akhir bulan Mei nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya