Presiden Turkmenistan diberi sambutan rasmi negara

Presiden Turkmenistan diberi sambutan rasmi negara

SERDAR Berdimuhamedov diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov diberi sambutan rasmi negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Berdimuhamedov disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 9 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta anggota Jemaah Menteri dan pengurusan tertinggi kerajaan.

Berdimuhamedov kemudian turut memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.

Ini adalah kunjungan sulung Berdimuhamedov ke negara ini sejak mengambil alih jawatan pada Mac 2022.

Menerusi lawatan dua hari, Berdimuhamedow diiringi enam Timbalan Perdana Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri, Rashid Meredov dan lima menteri antaranya Menteri Pertahanan, Begench Gundogdyyev; Menteri Tenaga (Turkmengaz), Maksat Babayev; Menteri Kebudayaan, Atageldi Shamyradov serta Menteri Pertanian, Charyyar Chetiyev.

Turut mengiringi beliau adalah pegawai kanan dari Pejabat Presiden dan Kementerian Luar Negeri.

Di antara Januari hingga Oktober lalu, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkmenistan meningkat ketara sebanyak 74.8 peratus kepada RM63.28 juta (AS$13.90 juta) berbanding RM36.19 juta (AS$7.91 juta) untuk tempoh sama pada tahun lalu.

Pada tahun lalu, republik berkenaan adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah dengan jumlah dagangan bernilai RM48.62 juta (AS$10.57 juta). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya