Polis tumpaskan sindiket curi kabel TM

Polis tumpaskan sindiket curi kabel TM

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Polis menumpaskan sindiket mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM) dalam beberapa siri serbuan di Bukit Jalil dan Rawang pada 9 dan 10 Disember lalu. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, serbuan dilakukan susulan laporan yang diterima pada 12 September lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki warga tempatan berusia 18 hingga 44 tahun, selain merampas 54 potong kabel berlabel Telekom, tiga buah kenderaan dan beberapa alat pemotong kabel.

Katanya, kabel yang dicuri dipercayai dijual semula sebagai barangan lusuh. 

“Hasil semakan mendapati, sembilan daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan rekod kesalahan narkotik. 

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati, lima daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya dalam kenyataan. 

Tambah Mohd. Azam, kesemua suspek telah direman selama empat hari hingga 13 Disember ini (esok) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya