Polis tidak terima laporan pelajar ludah bendera Malaysia - KPN

Polis tidak terima laporan pelajar ludah bendera Malaysia – KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tindakan seorang warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai ‘Mini Dhaka’.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, semakan sudah dilakukan dan setakat ini tidak dapat mengenal pasti lokasi kejadian itu berlaku.

Menurut beliau, carian turut dibuat dan menemukan laporan artikel yang mengatakan individu warga Bangladesh terdapat di dalam video itu adalah seorang pelajar yang sedang belajar di China.

“Malah setakat semalam belum ada laporan polis diterima susulan tular video tindakan individu terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan tindakan individu warga Bangladesh meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai ‘Mini Dhaka’ adalah perbuatan biadap yang perlu diambil tindakan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain menyifatkan perbuatan itu dilihat seperti mahu melakukan provokasi terhadap rakyat negara ini.

Malah beliau berkata, terdapat ramai warga asing sama ada yang mempunyai dokumen atau pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk dari Bangladesh di negara ini.

Apa yang berlaku ini mungkin disebabkan tindak balas daripada mereka (warga asing) yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa kerana diambil tindakan penguatkuasaan.

Terdahulu, satu rakaman video memaparkan individu warga Bangladesh yang meludah bendera Malaysia serta laporan berita melaporkan individu sama menyamakan universiti di negara ini seperti Mini Dhaka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya