Polis terima laporan sekumpulan individu berzikir di kubur

Polis terima laporan sekumpulan individu berzikir di kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung video tular menunjukkan sekumpulan individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak dekat sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat orang awam pada pukul 10.50 pagi, semalam. 

“Kita mengesahkan menerima satu laporan polis berkaitan video tular sekumpulan orang yang sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur. 

“Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tular semalam beberapa video di media sosial menunjukkan lebih 10 individu berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan. 

Video yang dirakam orang awam tersebut turut menarik perhatian netizen yang mempersoalkan tindakan sekumpulan individu terbabit selain mengaitkan dengan ajaran sesat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya