Polis tahan dua penyokong bola sepak merusuh di Stesen LRT

Polis tahan dua penyokong bola sepak merusuh di Stesen LRT

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing sekitar ibu negara dan Ampang, Selangor, hari ini.

“Mereka kini direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rusdi, orang ramai diingatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di sebuah stesen LRT.

Pihak polis mengesahkan menerima aduan kejadian itu daripada seorang anggota polis bantuan yang memaklumkan kejadian berlaku di  Stesen LRT Bandar Tasik Selatan di sini. 

Kejadian dipercayai berlaku apabila sekumpulan penyokong keluar dari tren dan berlaku pertengkaran dengan sekumpulan penyokong lain sebelum berlaku pergaduhan.

Kemudian dua kumpulan penyokong bola sepak dianggarkan kira-kira 20 hingga 30 orang bertindak agresif bertumbuk antara satu sama lain selain membaling tong sampah ke arah penghadang pintu lif serta menendang pintu tren.

Perbuatan itu mengakibatkan berlaku kerosakan pada bahagian pintu cermin tren serta menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya