Polis sifatkan nelayan selamat sebagai 'survival'

Polis sifatkan nelayan selamat sebagai ‘survival’

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menyifatkan kedua-dua nelayan yang hanyut di laut selama enam hari sebelum ditemukan selamat di perairan Aceh, Indonesia semalam adalah pejuang hidup atau `survival.’

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kedua-dua nelayan itu ditemukan oleh nelayan Indonesia ketika berada di sempadan Malaysia-Indonesia pada pukul 9 pagi, semalam.

“Pada masa itu, pihak polis terima maklumat daripada nelayan Indonesia memaklumkan telah menjumpai dua mangsa yang dipercayai hilang dari perairan Teluk Bahang.

“Justeru, kita lancarkan gerakan membawa balik kedua-dua mangsa ke Malaysia dan telah gerakkan kapal Maritim Malaysia dari Batu Maung, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Kedua mangsa telah berjaya dijumpai dan diselamatkan pada pukul 8 malam tadi di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan usaha bawa balik telah diteruskan. Kedua mangsa telah sampai di jeti Batu Maung pada pukul 3 pagi tadi dan kalau kita tengok, mereka berdua memang ‘survival’,” katanya dalam sidang akhbar di jeti Limbungan Batu Maung di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran dan rakannya, Nor Hasrul Abdullah, 25, hilang selepas bot dinaiki hanyut dalam kejadian pada pukul 11.30 malam, Selasa lalu.

Sebelum itu, kedua-dua mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pasukan kesihatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turut berada di jeti berkenaan.

Menurut Sazalee, bot dinaiki kedua-dua mangsa telah melepasi sempadan Malaysia dan memasuki ke sempadan perairan Aceh, Indonesia.

“Jarak dari sini (Kuala Sungai Pinang) ke sempadan Malaysia dalam 60 batu nautika, jarak melepasi sempadan ke Aceh pun agak jauh jugak. Mereka diselamatkan oleh nelayan Indonesia sebelum dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pulang ke sini awal pagi tadi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang kecederaan dan pihak berkuasa mendapat bantuan serta kerjasama yang baik daripada nelayan Indonesia untuk membawa mereka pulang.

“Nelayan Indonesia yang hantar kedua-dua mereka ke sempadan perairan Indonesia-Malaysia dan pihak Maritim Malaysia telah mengambil mereka di sempadan perairan kita. Bot yang dinaiki mereka juga ditunda sehingga ke jeti Limbungan Batu Maung,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya