Polis siasat resit hina Islam, Melayu di Johor

Polis siasat resit hina Islam, Melayu di Johor

PEMUDA UMNO Bahagian Kluang membuat laporan polis berkaitan resit didakwa menghina Islam dan kaum Melayu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berkaitan resit pembelian makanan segera yang didakwa mengandungi perkataan menghina Islam sejak kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu membabitkan pembelian makanan di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar yang tular itu dipercayai dibuat individu sama.

Sebelum itu, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut yang membolehkan siasatan lanjut dijalankan termasuk mengesan suspek.

“Tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

RESIT yang tular kerana menghina Islam dan kaum Melayu tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pihaknya memandang serius sebarang perlakuan yang boleh mengganggu keharmonian, keselamatan dan menyentuh sensitiviti beragama di negara ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Satu laporan polis dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Kluang di Ibu pejabat Polis Daerah Kluang, petang semalam.

Ketuanya, Syed Hussein Syed Abdullah menzahirkan rasa kesal dengan kejadian seumpama itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran kepada pelaku.

“Kami mengecam terhadap tindakan seperti ini yang boleh memecahkan-belahkan perpaduan masyarakat di negeri Johor, khususnya di Kluang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya