Polis siasat penglibatan rakyat Malaysia dalam skim pelaburan Nicshare, CommonApps

Polis siasat penglibatan rakyat Malaysia dalam skim pelaburan Nicshare, CommonApps

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penahanan seorang rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Thailand membabitkan dua skim pelaburan iaitu Nicshare dan CommonApps mengakibatkan kerugian lebih RM8.5 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima 26 laporan polis berkaitan kedua-dua pelaburan tersebut dengan kerugian kira-kira RM8.5 juta.

Katanya, ia membabitkan 24 laporan polis berkaitan pelaburan Nicshare dengan jumlah kerugian RM8.2 juta, manakala dua lagi membabitkan pelaburan CommonApps dengan kerugian RM340,079.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu, selain tindakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

“Beberapa individu dan entiti berkaitan sudah didakwa namun siasatan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Razarudin, siasatan turut merangkumi kaitan rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand dengan skim pelaburan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan pihak berkuasa Thailand telah membongkar sindiket penipuan utama melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht ( RM652.8 juta) melalui rangkaian transaksi palsu.

Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Ekonomi (ECD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB), Mejar Jeneral Puttidej Bunkrapue dilapor berkata, seorang rakyat Malaysia berusia 38 tahun yang menjadi ketua sindiket itu, ditahan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao, wilayah Songkhla, pada 16 Disember lalu ketika memasuki Thailand.

Isterinya, seorang warganegara Thailand yang turut terbabit dalam skim tersebut, ditangkap di lokasi berbeza dua hari kemudian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya