Polis semak kematian Lim Foong Mei ada kaitan kes ragut

Polis semak kematian Lim Foong Mei ada kaitan kes ragut

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan membuat semakan bagi mengenal pasti sama ada kematian warga emas yang menjadi mangsa ragut di Jalan Limau Manis, Bangsar, Kuala Lumpur pada 7 Oktober lalu mempunyai kaitan dengan kecederaan dialami mangsa.

Polis telah menahan suspek utama dalam kes ragut yang mungkin menyebabkan kematian mangsa, Lim Foong Mei selepas dia didapati cedera teruk.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, mangsa seorang wanita telah dibenarkan keluar dari hospital sebelum disahkan mati.

“Suspek kini telah didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut. Cadangan tindakan lanjut akan dibuat berdasarkan hasil siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis ditanya sama ada kes membabitkan kematian warga emas akan dibuat di Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membabtkan pertuduhan kes bunuh.

Terdahulu, Foong Mei, 78, cedera parah selepas beg tangannya diragut oleh seorang penunggang motosikal pada Oktober lalu, dilaporkan telah meninggal dunia.

Mangsa yang sebelum ini dirawat di sebuah rumah jagaan di Bangsar selepas kejadian, dikatakan mengalami kemerosotan kesihatan sebelum meninggal dunia hari ini. 

Kejadian ragut itu berlaku pada awal pagi 7 Oktober lalu ketika mangsa sedang berjalan menuju ke sebuah kedai di Jalan Limau Manis. 

Seorang penunggang motosikal bertindak meragut beg tangannya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Menurut laporan daripada sebuah portal berita, upacara pembakaran mayat Foong Mei dijadualkan berlangsung pada 3 Januari tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya