Polis sahkan Along Cham ditahan disyaki milki ganja

Polis sahkan Along Cham ditahan disyaki milki ganja

ANTARA barang rampasan ketika serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang di rumah seorang selebriti di Cyberjaya. - GAMBAR IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Teka-teki siapa selebriti lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam terjawab.

Pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang ditahan itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek akan ditahan reman pagi ini, di Banting (Mahkamah Majistret Teluk Datok),” katanya.

Malam tadi, polis mengesahkan telah menahan seorang selebriti lelaki kira-kira pukul 3.10 petang semalam kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.

Serbuan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang itu telah menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah bersama-sama suspek.

Norhizam dilaporkan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

“Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya