Polis Sabah cari Fahmi Reza, terima 30 laporan polis

Polis Sabah cari Fahmi Reza, terima 30 laporan polis

JAUTEH Dikun (tengah) semasa sidang akhbar di IPK Sabah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah sedang mencari aktivis, Fahmi Reza selepas menerima 30 laporan polis berkaitan hasutan berkaitan poster karikatur Tun Musa Aman yang didakwa koruptor terbesar Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan kini sedang mencari Fahmi bagi membolehkan siasatan kes berkenaan diteruskan.

Beliau berkata, pihaknya percaya aktivis berkenaan masih berada di Sabah dan sekiranya Fahmi hadir pada Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah esok, beliau meminta pihak lain agar tidak terikut-ikut dengan provokasi yang dilakukan.

“Kita sudah terang-terang menyatakan bahawa kita sedang mencari dia untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Ia berkaitan poster yang disebarkan bertujuan untuk menghasut dan memburukkan.

“Kalau dia (Fahmi Reza) ada di situ esok, kita memang sedang mencari dia, jadi kita akan ambil dia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Menurut Jauteh, poster karikatur yang dilukis oleh Fahmi telah diturunkan di beberapa kawasan termasuk di Tuaran.

Pada Jumaat lalu, Fahmi dilihat memuat naik gambarnya berada di Sabah dalam laman Facebook dengan memegang poster karikatur Tun Musa Aman.

Dalam pada itu, Jauteh berkata, seramai 800 pegawai dan anggota PDRM Sabah akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan kesesakan trafik sempena Karnival Ria di hadapan Menara Kinabalu dan sambutan Malam Ambang Tahun Baharu di Dataran Bandaraya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya