Polis redah banjir selamatkan ibu Orang Asli dan bayi terputus hubungan

Polis redah banjir selamatkan ibu Orang Asli dan bayi terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Anggota polis sanggup redah banjir demi menyelamatkan seorang ibu Orang Asli dan bayi yang terperangkap dalam bencana alam itu di Perkampungan Orang Asli Kampung Puting, Buloh Kasap, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, wanita dan bayinya itu berjaya dipindahkan dari rumah mereka oleh anggota Balai Polis Buloh Kasap diketuai oleh Ketua Balai Sarjan Mejar Mastika Ramli pada pukul 2.45 petang.

“Kita menerima maklumat sebuah keluarga terperangkap dalam rumah perkampungan Orang Asli akibat hubungan jalan raya terputus dinaiki air banjir melibatkan seorang wanita yang baru bersalin berusia 20-an dan bayinya yang berusia 15 hari.

“Ibu dan bayi tersebut berjaya dibawa keluar oleh Mastika Azmi bersama anggotanya meredah arus banjir sejauh 100 meter dengan paras air mencecah satu meter. Pihak polis kemudian memastikan mangsa selamat sebelum dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika ditemui di IPD Segamat, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zamry memaklumkan pihaknya menubuhkan pasukan bot khas dianggotai 15 anggota bagi membantu dan memindahkan mangsa banjir.

Pasukan itu sentiasa diletakkan dalam keadaan siap-siaga, terutamanya ketika musim pertukaran monsun yang menyebabkan beberapa kawasan rendah yang telah dikenal pasti sering dinaiki air apabila hujan lebat berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya