Polis rampas syabu bernilai RM1.15 juta

Polis rampas syabu bernilai RM1.15 juta

MOHD. Khairi Khairudin (tiga, kanan) dalam sidang akhbar rampasan dadah jenis syabu bernilai RM1.15 juta di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan susulan penahanan seorang lelaki bersama 36 kilogram (kg) dadah dipercayai syabu, Selasa lalu.

Suspek ditahan di Kilometer 268.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), berhampiran Kemaman kira-kira pukul 4 petang dengan anggaran dadah bernilai RM1.15 juta.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, hasil maklumat awam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dibantu Unit Peronda Polis menahan sebuah Toyota Alphard yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuantan, Pahang.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan mewah itu, polis menemukan 35 bungkusan plastik lutsinar tertulis perkataan ‘Guanyinwang’ yang dipercayai dadah jenis syabu.

“Kita percaya bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran yang dibawa masuk melalui Kelantan untuk dihantar ke pasaran Lembah Klang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Selain dadah dan Toyota Alphard itu, polis menyita wang dalam akaun suspek berjumlah RM681,718.73.

“Suspek berusia 29 tahun itu berasal dari Kuala Besut dan telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut selama tujuh hari sehingga 24 Disember ini.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun serta tiga sebatan pada tahun 2015,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya