Polis patahkan cubaan edar dadah, heroin bernilai RM1.2 juta dirampas

Polis patahkan cubaan edar dadah, heroin bernilai RM1.2 juta dirampas

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pantas polis berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah jenis heroin seberat 13.3 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta yang dianggarkan mampu menampung keperluan sehingga 900,000 penagih di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, rampasan besar itu hasil operasi berasingan pasukannya dalam memerangi sindiket pengedaran dadah.

“Pada 23 Disember lalu, sepasukan polis dari JSJN telah menahan seorang suspek warga tempatan yang memandu kereta jenis Honda City di kawasan Bukit Gasing, Petaling Jaya.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 20 ketulan mampat heroin base seberat 7.4 kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, susulan penahanan itu, serbuan kedua dilakukan pada 27 Disember di sebuah rumah di Puchong, Selangor dan polis berjaya menemukan 16 lagi ketulan mampat heroin seberat 5.9 kg.

Menurut beliau, suspek berusia 48 tahun itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Disember bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saringan awal mendapati suspek negatif dadah, namun semakan rekod lampau menunjukkan dia pernah terlibat dengan jenayah dadah sebelum ini.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, selain sebatan tidak kurang daripada 12 kali,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi membongkar rangkaian sindiket yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya