Polis Marin rampas barang kontraban, petrol RM216 juta  - Utusan Malaysia

Polis Marin rampas barang kontraban, petrol RM216 juta 

Markas Operasi PPM Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Klang, Selangor, hari ini-FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas barang kontraban seperti rokok haram dan minuman keras, petrol, diesel serta minyak masak berjumlah RM216 juta bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 November lalu di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, nilai rampasan tersebut diperoleh hasil 7,756 operasi yang dilakukan pasukan berkenaan dalam tempoh berkenaan.

“Saya melihat PPM sedang melakukan tugas dengan begitu baik dalam menjaga perairan negara.

“Saya harap kecemerlangan yang dilakukan mantan Komander PPM, Senior Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said dapat diteruskan oleh komander yang baharu dilantik, Senior Asisten Komisioner Shamsol Kassim selepas ini,” katanya selepas upacara serah tugas Komander PPM antara Norzaid dan Shamsol di Markas Operasi PPM Wilayah Satu Pelabuhan Klang, di sini hari ini.

Beliau berkata, cabaran yang dihadapi oleh PPM ketika ini adalah dari segi kekurangan aset serta kekurangan penggunaan teknologi terkini dalam menjaga perairan negara.

Menurut Azmi, penggunaan teknologi terkini yang mempunyai kecerdasan buatan (AI) sangat penting supaya tugas menjaga perairan negara yang dilaksanakan PPM dapat dilakukan dengan lebih baik.

“Kekangan ini dapat diatasi dengan anggota menjalani pelbagai latihan untuk memastikan mereka sentiasa bersiap siaga dalam apa-apa situasi.

“Kita tidak boleh terus berada dalam keadaan ini kerana kita memerlukan teknologi terkini bagi meningkatkan kerja penugasan dan penguatkuasaan,” katanya.

Azmi berharap kerajaan dapat menyediakan aset serta teknologi terkini supaya PPM dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya