Polis Kelantan sahkan OKT meninggal di lokap balai

Polis Kelantan sahkan OKT meninggal di lokap balai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mengesahkan seorang lelaki iaitu orang kena tahan (OKT) meninggal dunia di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, pada pukul 7.40 pagi ini..

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, lelaki berkenaan ditangkap pada 26 Disember lalu dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT telah dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman pada 27 Disember lalu dan dibenarkan reman empat hari,” katanya hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, pada pukul 7 pagi ini, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa pada 7.40 pagi.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya