Polis buru lelaki curi wang dalam 'dashboard' kereta

Polis buru lelaki curi wang dalam ‘dashboard’ kereta

SUSPEK kes mencuri wang dari 'dashboard' kereta yang diparkir dalam kawasan pagar sebuah rumah di Taman Klebang Putra di Ipoh semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri wang dari ‘dashboard’ kereta yang diparkir dalam kawasan pagar sebuah rumah di Taman Klebang Putra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan wang itu pada pukul 12.56 tengahari daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didapati seorang lelaki telah masuk ke pekarangan rumah pengadu dengan cara memanjat tembok dari rumah jiran.

“Suspek itu dilihat memasuki kereta milik isteri pengadu yang tidak berkunci. Pemeriksaan di lokasi bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan umpil pada kereta atau mana-mana pintu di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Ibrahim Ab Wahab di talian 019-8225877 atau balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut.

Terdahulu tular di media sosial rakaman berdurasi 32 saat memaparkan seorang lelaki memakai topi dan ‘hoodie’ masuk ke dalam sebuah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah rumah berpagar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya