Polis bantuan maut Honda Civic rempuh Toyoya Hilux

Polis bantuan maut Honda Civic rempuh Toyota Hilux selepas langgar lembu

KEADAAN kereta Honda Civic yang terlibat dalam kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu dekat Rhu 10, Setiu, Besut, Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seorang polis bantuan maut selepas kereta Honda Civic dipandunya merempuh sebuah Toyota Hilux yang melanggar lembu di Kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Rhu 10, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira 6.40 pagi itu mengakibatkan Che Mohd Nasir Jaafar, 56, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu manakala Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang anggota bomba itu pula dalam perjalanan dari Penarek menghala ke Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux itu terbabas ke laluan bertentangan selepas melanggar lembu yang berada di atas jalan,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya