PNB salur RM4 juta bantu golongan terjejas banjir

PNB salur RM4 juta bantu golongan terjejas banjir

BOT penyelamat adalah antara sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi  memudahkan operasi membantu mangsa banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan sumbangan berjumlah RM4 juta menerusi kerjasama beberapa agensi untuk melaksanakan usaha bantuan dan sebagai komitmennya menyokong inisiatif bantuan banjir.

Pendekatan proaktif PNB itu juga sekali gus mencerminkan komitmennya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, menunjukkan dedikasi untuk menyokong komuniti terjejas yang memerlukan bantuan, terutama semasa krisis.

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan berkenaan digunakan untuk memberi bantuan segera dan memudahkan proses pemulihan jangka panjang bagi komuniti yang terjejas akibat banjir.

Ia melibatkan kawasan-kawasan seperti di sekitar Kelantan (Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang, Bachok, Tumpat), Terengganu (Besut, Dungun, Hulu Terengganu), Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar), Negeri Sembilan (Tampin) dan Selangor.

“Sumbangan disalurkan menerusi agensi-agensi pengurusan bencana seperti Yayasan Ikhlas, Mercy Malaysia, Yayasan Pembangunan EkonomiIslam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysia Relief Agency (MRA).

“Sumbangan yang diberi ditumpukan kepada agihan makanan seperti makanan sedia dimakan dan barang keperluan asas seperti khemah komuniti, selimut, tikar dan kit kebersihan diri. 

“Peruntukan juga akan diberi kepada inisiatif pemulihan seperti bekalan barangan keperluan kembali ke sekolah dan barangan keperluan asas keluarga, membaiki rumah dan

memulihkan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta meningkatkan inisiatif Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) selepas bencana,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, katanya, sejumlah RM900,000 daripada jumlah peruntukan tersebut telah disalurkan sebelum ini dan digunakan untuk pembelian bot penyelamat serta barangan lain seperti pakaian sekolah, kasut dan beg untuk pelajar yang terjejas, beg kecemasan bencana dan program peningkatan komuniti.

“Selain menjangkakan cabaran-cabaran yang bakal timbul akibat banjir akhir tahun ini, PNB akan terus membuat pendekatan proaktif dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi kami bagi memastikan bantuan berimpak untuk rakyat Malaysia yang terjejas dengan banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya