PM ucap takziah kepada mangsa nahas Jeju Air

PM ucap takziah kepada mangsa nahas Jeju Air

PESAWAT Jeju Air yang membawa sejumlah 181 penumpang termasuk enam kru itu sekurang-kurangnya mengorbankan 29 orang. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah dan rasa dukacita kepada mangsa nahas pesawat Jeju Air yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.

Menerusi kenyataan, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand dalam waktu kesedihan ini.

“Takziah yang paling mendalam kami sampaikan kepada semua yang terkesan,” katanya.

Pagi tadi, sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat membawa 181 penumpang dan kru terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan hari ini.

“Setakat ini, kami mengesahkan nahas menyebabkan 29 kematian. Namun, jumlah mangsa mungkin meningkat kerana terdapat mereka yang parah,” kata pegawai bomba tempatan, Lee Hyeon-ji.

Beliau berkata, anggota-anggota penyelamat sedang memindahkan penumpang dari bahagian belakang pesawat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya