PM marah, kecewa kelewatan projek MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua

PM marah, kecewa kelewatan projek MyDigital ID, Rangkaian 5G Kedua

ANWAR Ibrahim ketika perhimpunan bulanan bersama warga MOF di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan dan marah dengan kelewatan serta pelaksanaan dua projek transformasi digital negara iaitu MyDigital ID dan Rangkaian 5G Kedua.

Menurutnya, perkara itu dibangkitkan beliau pada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Dan 4IR Negara yang berlangsung semalam.

“Hal rumit yang berbangkit dalam mesyuarat itu menyebabkan saya kurang sabar. Dalam tempoh dua tahun ini saya melahirkan rasa kemarahan yang agak keras sedikit.

“Kerana kadang-kadang harapan kita tinggi tetapi apabila MyDigital ID itu terlambat pelaksanaannya hampir setahun. Malah, inisiatif Rangkaian 5G Kedua dan rundingan Digital Nasional Bhd (DNB) dengan telco juga tertangguh.

“Peringatan kita satu tahun yang lalu juga belum dijawab secara positif oleh kedua-dua pihak. Ini menyebabkan saya agak hilang kesabaran,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar berkata, sikap marah itu menunjukkan bahawa beliau juga ada kekurangan seperti orang biasa.

Namun, beliau memohon maaf kepada mereka yang hadir dalam mesyuarat semalam termasuk rakan-rakan menteri.

“Teman-teman menteri yang hadir semalam juga agak terkejut dengan sikap saya. Saya mohon maaf setulusnya,” katanya.

Difahamkan, setakat ini MyDigital ID mencatatkan lebih 1.2 juta pengguna berdaftar dalam tempoh satu tahun.

Inisiatif itu diumumkan Anwar pada November tahun lalu sebelum MyDigita ID diiktiraf di peringkat nasional sebagai bentuk pengurusan pengenalan digital yang dipercayai.

Ia menyediakan pengesahan yang selamat untuk transaksi dalam talian dan menangani kelemahan yang terdapat dalam sistem pengesahan identiti secara dalam talian sedia ada.

Selepas itu, kiosk pendaftaran MyDigital ID telah ditempatkan di 200 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lapan cawangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional serta 357 cawangan Tealive di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya