PM komited tingkatkan industri pelancongan Langkawi

PM komited tingkatkan industri pelancongan Langkawi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam memastikan pertumbuhan industri pelancongan di Langkawi.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu diambil selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Katanya, inisiatif untuk mempercepatkan beberapa projek termasuk cabang universiti turut diambil bertujuan memberi manfaat kepada penduduk di pulau itu.

“Insya-Allah, langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi.

“Saya juga akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Turut serta hadir, Pegawai Daerah, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya