PLKN 3.0 tidak hanya latihan asas ketenteraan - Mohamed Khaled

PLKN 3.0 tidak hanya latihan asas ketenteraan – Mohamed Khaled

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak boleh dilihat sebagai latihan asas ketenteraan semata-mata sebaliknya satu program yang turut merangkumi modul kenegaraan.

Modul kenegaraan tersebut meliputi elemen jati diri, cinta negara dan perpaduan bagi memenuhi objektif yang telah digariskan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang perbandingan antara PLKN 3.0 dan program kerahan tenaga negara luar merupakan suatu perbandingan yang tidak setara memandangkan pelaksanaannya lebih memfokuskan kepada perkhidmatan ketenteraan yang aktif untuk satu tempoh yang panjang.

Justeru katanya, bagi memastikan segala kelemahan semasa pelaksanaan PLKN yang terdahulu, persediaan rapai telah dibuat untuk melaksanakan latihan percubaan dan Projek Perintis bagi PLKN 3.0 di kem-kem Askar Wataniah bermula seawal Januari 2025.

“Beberapa kajian akademik juga telah dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif untuk mengukur impak pelaksanaan program ini.

“Selain itu, konsep dan format yang baharu ini telah mengambil kira penilaian terhadap pelaksanaan PLKN yang terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaled lagi, PLKN 3.0 juga akan dilaksanakan dengan konsep dan format baharu untuk warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas mulai tahun 2025.

Sebelum ini Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan supaya kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0.

JKPK yang dianggotai sembilan Ahli Parlimen itu turut mengemukakan tujuh justifikasi berhubung penolakan PLKN 3.0 antaranya pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas; modul yang bercampur aduk dan kurang berkesan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, untuk meminimumkan perbelanjaan, Kementerian Pertahanan akan melaksanakan PLKN 3.0 di 13 buah kem Askar Wataniah, 20 universiti awam, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa buah politeknik di seluruh negara.

“Kementerian Pertahanan berpandangan bahawa usaha memupuk patriotisme dan nilai jati diri yang baik dalam diri anak muda bukanlah perkara yang bersifat sampingan, sisipan atau secondary kepada negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya