'Pinjaman Mara adalah wang rakyat, wajib bayar' - Utusan Malaysia

‘Pinjaman Mara adalah wang rakyat, wajib bayar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, tidak akan melayan rayuan mana-mana individu yang memintanya menghapuskan pinjaman yang diberikan.

Tegasnya, segala pinjaman di bawah Mara adalah menggunakan wang rakyat dan wajar dikembalikan jumlahnya seperti dipersetujui.

“Hutang wajib dibayar, usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

“Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah Mara. Bakal dipersoalkan Allah kelak,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.

Hantaran tersebut mencuri tumpuan kerana dimuat naik selepas kecoh kediaman mewah milik pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu selepas dikatakan gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta dan suami, Zain Saidin tidak berada di rumah ketika serbuan dijalankan.

Mengintai ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan Asyraf Wajdi dan menegaskan para peminjam untuk melunaskan hutang mereka segera dengan pihak Mara.

“Betul, kalau sudah berhutang wajib bayar. Ingat, di akhirat nanti berat tanggungannya,” tulis satu komen.

“Tahniah Datuk, teruskan ketegasan ini,” kata komen yang lain.

“Hutang RM1 juta itukah?” sindir satu pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya