Peserta GV 'perah otak', bukan sekadar menyanyi

Peserta GV ‘perah otak’, bukan sekadar menyanyi

SYAFINAZ Selamat ketika pementasan Teater Muzikal PERMATA Seni 2024 di Auditorium Perdana, Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat, 51, menyifatkan program Gegar Vaganza masih sebuah pertandingan nyanyian yang relevan untuk melonjakkan produktiviti penyanyi-penyanyi lama.

Kata Syafinaz yang juri program tersebut, hal itu kerana peserta, bukan hanya menonjolkan kemampuan nyanyian pada setiap minggu, malah diuji kreativiti dan tahap produktiviti mereka dengan persembahan yang memuaskan.

“Harus diingat, kemampuan peserta, yang rata-ratanya penyanyi lama tidak sama dengan ketika mereka muda dahulu.

“Dan pastinya sebelum mereka bersetuju untuk sertai GV, mereka sudah pun bersedia untuk menyahut cabaran, melakukan perkara baharu, menyanyikan lagu penyanyi lain dan menghafal lirik pelbagai lagu.

“Boleh katakan, peserta setiap minggu perlu ‘perah otak’ untuk memikirkan tentang persembahan mereka. Bukan sekadar menyanyi sahaja. Jadi, GV masih relevan untuk menguji kebolehan penyanyi-penyanyi lama,” katanya selepas pementasan teater Muzikal Permata di Angkasapuri, semalam.

Dalam masa sama, Syafinaz juga menolak pandangan segelintir pihak yang sudah lebih awal boleh meramalkan kejuaraan program tersebut.

Katanya, banyak kemungkinan yang tidak dapat dijangka boleh berlaku dalam sesebuah pertandingan nyanyian.

“Contoh Mus May, yang pada GV musim ke-7 diramalkan menang, akhirnya peserta lain yang juara. Jadi, sebenarnya kita tak boleh jangka kerana banyak kemungkinan boleh berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya