Peruntukan awal RM12.55 juta bantu mangsa banjir di 7 negeri

Peruntukan awal RM12.55 juta bantu mangsa banjir di 7 negeri

MOHD. NA’IM Mokhtar melepaskan konvoi Skuad Musaadah Al-Falah Madani di Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntukkan sebanyak RM12.55 juta untuk penyaluran awal bantuan mangsa banjir di tujuh negeri terjejas teruk.

Menteri berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jumlah kutipan itu dijangka boleh bertambah dari semasa ke semasa yang akan diumumkannya sendiri kemudian.

“Komitmen sumbangan itu akan naik namun tidak boleh disebut awal kerana kesemua 14 agensi saya ini perlu melalui proses tatakelola yang ketat,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi  misi Skuad Musaadah Al-Falah Madani di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Ia melibatkan seramai 25 sukarelawan dengan destinasi pertama ialah Tumpat, Kelantan dan Skuad Prihatin Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah berada di lokasi sejak semalam.

Setakat ini ujar beliau, bantuan meliputi Tabung Musaadah diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan dana RM450,000.

Selain itu katanya, Tabung Haji memperuntukkan RM100,000 dalam bentuk barangan manakala ada dua agensi lagi menawarkan komitmen sumbangannya secara kewangan meliputi masing-masing Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM7 juta dan Yayasan Taqwa MAIWP pula dengan dana RM5 juta.

“Saya difahamkan pihak YWM dijangka menyediakan keperluan pek makanan kering, kit solat, kit kebersihan, selimut, toto, kipas, lampin bayi, tuala wanita dan lain-lain,” katanya.

Misi kali ini tambah beliau lagi, sebenarnya merupakan kedua selepas skuad pertama yang dilancarkannya pada 11 Oktober lalu dengan kerjasama syarikat minuman Zus Coffee melibatkan sumbangan berjumlah RM1.5 kepada pihak YWM sebelum gelombang pertama banjir berlaku minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya