TAPAH: Penduduk pekan Tapah membantah perubahan sistem laluan kepada jalan sehala sepanjang jalan utama di pekan itu sejak 23 Ogos lalu kerana menyusahkan pengguna jalan. Penduduk berkata, tujuan sistem laluan sehala itu ialah mengelakkan kesesakan kenderaan namun sejak dilaksanakan ia menjejaskan banyak pihak malah kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi. Pengerusi Gabungan NGO-NGO dan Penduduk Tapah, Mohd. Hata Ali, 49, mendakwa sistem laluan sehala itu dilaksanakan pihak berkuasa hanya untuk mengurangkan kesesakan melibatkan sepanjang 200 meter laluan di jalan utama itu. Katanya, sedangkan kesesakan trafik hanya berlaku pada waktu puncak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya