Pertemuan Anwar, Prabowo ditangguh

Pertemuan Anwar, Prabowo ditangguh

ANWAR Ibrahim menyatakan komitmennya kepada Prabowo Subianto untuk Malaysia terus menjadi rakan strategik kepada Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan antara dua negara bersaudara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subiato di Langkawi, Kedah hari ini terpaksa ditangguhkan.

Menurut Anwar, penagguhan tersebut terpaksa dibuat selepas rakan sejawatnya itu mengalami demam.

“Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini. Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam.

“Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekaligus menyambung rencana pertemuan dua negara,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Prabowo melibatkan perbincangan dua hala dengan membincangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang turut berlangsung di Langkawi akan berjalan seperti dijadualkan.

“Insya-Allah, pada 26 Disember ini, saya juga dijadual menemui mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk agenda ASEAN demi kesejahteraan rantau ini,” kata Anwar.

Sebelum ini Thaksin dilantik sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menurut Anwar, pelantikan Thaksin dibuat atas kapsitinya yang mempunyai pengalaman, khasnya membantu dalam menyelaras isu Myanmar.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya