Permintaan tinggi, 10 tren baharu ETS pada suku pertama tahun 2025

Permintaan tinggi, 10 tren baharu ETS pada suku pertama tahun 2025

HASBI HABIBOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan membuat perolehan 10 set tren elektrik baharu untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, langkah itu dilakukan bagi meningkatkan kualiti dan kapasiti perkhidmatan ETS, yang kini menghadapi permintaan tinggi daripada pengguna.

“10 set tren elektrik ini dijangka mula beroperasi pada suku pertama tahun 2025 nanti sebagai usaha untuk kita tingkatkan lagi perkhidmatan kita.

“Selain itu, usaha ini juga untuk memperkukuh hubungan antara bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang,” katanya dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad yang meminta beliau menyatakan apakah usaha untuk menambah baik perkhidmatan tren ini yang sentiasa menjadi pilihan utama bagi orang ramai khususnya ketika musim cuti sekolah dan perayaan.

Dalam pada itu, Hasbi berkata, kementerian juga komited untuk memperbaiki perkhidmatan dengan menyelenggara 10 tren yang dijadualkan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025.

“Sebanyak 10 set tren ETS sedia ada sedang menjalani proses penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) tahap empat.

“Kerja-kerja MRO tahap empat ini sangat penting bagi memastikan tren ETS terus berada dalam keadaan optimum untuk operasi,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad, kementerian juga sedang berusaha untuk memastikan fasiliti di stesen-stesen ETS akan diperbaiki bagi memudahkan pengguna.

“Kita akan ambil perhatian berhubung masalah fasiliti ini terutama melibatkan tandas dan surau,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya