MELAKA: Permintaan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) pada bumbung rumah kediaman meningkat secara mendadak sejak Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS) bermula 1 April lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penaung Persatuan Industri Tenaga Boleh Baharu dan Alam Sekitar (Pintare), Datuk Dr. Guntor Tobeng berkata, kuota pemasangan panel solar di bawah program permeteran tenaga bersih (NEM) bagi kategori NEM Rakyat untuk kegunaan domestik sudah habis dilanggan bulan lalu. Kata beliau, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) memproses sehingga 50 permohonan sehari susulan permintaan tinggi terhadap penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya