Permintaan batik sutera merosot, sesuai golongan kayangan

Permintaan batik sutera merosot, sesuai golongan kayangan

AHMAD Rafi Abdullah menunjukkan koleksi batik yang dijual di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kain batik berasaskan material sutera bukan lagi produk yang menjadi buruan pengunjung di Pasar Kedai Payang, di sini kerana harganya dikatakan hanya sesuai untuk golongan ‘kayangan’.

Sebaliknya, pengunjung yang datang ke pasar pelancongan itu beralih arah membeli batik yang menggunakan kain kapas cotton viscose kerana harganya lebih berpatutan.

Kebanyakan peniaga yang ditemui Utusan Malaysia mengakui, pengunjung tidak berkira sekiranya mahu membeli batik cotton viscose, baju kaftan dan batik sarung kerana ia lebih ‘mesra poket’.

Peniaga, Ahmad Rafi Abdullah, 57 berkata, harga batik sutera kini mencecah lebih RM400 sepasang berbanding hanya RM280 sekitar 10 tahun lalu.

“Harga batik cotton viscose pula dijual lingkungan RM80 hingga RM130 bergantung kualiti kain dan coraknya.

“Sudah tentulah ia menjadi pilihan pengunjung kerana lebih murah, cantik dan pada masa sama mempunyai motif batik yang sesuai digayakan untuk apa sahaja majlis keraian serta majlis formal lain,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain batik, songket dan sutera, bangunan baharu Pasar Kedai Payang 1 turut menawarkan pelbagai barangan kraf, cenderamata serta kedai emas untuk pengunjung.

Bangunan lama yang terletak berhampiran pula dikhususkan untuk menjual keropok keping, kuih muih, makanan tradisional serta pasar basah untuk jualan ayam, daging, sayur serta hasil laut.

Seorang lagi peniaga, Ahmad Safwan Othman, 34, berkata, permintaan batik sutera di kedainya semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebulan dapat jual dua atau tiga pasang sutera sahaja termasuk kemeja lelaki dan segmen jualan kini lebih tertumpu kepada batik cotton viscose kerana lebih murah dan selesa dipakai.

“Saya perlu berubah mengikut kehendak pasaran dan kerana itulah, kilang saya di Besut lebih banyak mengeluarkan rekaan yang lebih segar dan kontemporari menggunakan fabrik selain sutera,” katanya yang mempunyai tiga pekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya