Perluas hukuman sebat di negeri-negeri lain - Peguam Muslim

Perluas hukuman sebat di negeri-negeri lain – Peguam Muslim

MOHD.  Affendi Awang menjalani hukuman sebat di  Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu atas kesalahan khalwat berulang. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua pihak diingatkan supaya tidak mengelirukan masyarakat atau mempolitikkan pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang berlangsung di Terengganu hari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, orang ramai perlu memahami konteks sebenar pelaksanaan hukuman sebatan syariah.

“Ini kerana sistem perundangan syariah adalah sebahagian daripada sistem undang-undang negara yang sah dan pelaksanaannya tidak boleh dilihat melalui perspektif sempit atau prejudis.

“PPMM juga menyeru agar Mahkamah Syariah di negeri-negeri lain menyahut tindakan pelaksanaan hukuman sebat yang dilaksanakan di Terengganu agar perkara ini dapat membuka mata masyarakat untuk memperkasa syariah dan menjunjung hukum syarak,” katanya selepas selesai pelaksanaan hukuman enam sebatan terhadap seorang duda di Masjid Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Muhammad Hariz berkata,  PPPM bersyukur kerana pelaksanaan sebatan syariah hari ini dilaksanakan dengan lancar meskipun wujud tentangan hebat oleh beberapa institusi dan individu. 

“Hasil penyaksian kami terhadap hukuman sebatan tersebut, PPMM dengan tegas menolak tohmahan dan persepsi buruk yang menyatakan bahawa pelaksanaan hukuman sebatan syariah di Terengganu melanggar prinsip kemanusiaan dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan tersebut adalah tidak berasas dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada serta fakta pelaksanaan hukuman tersebut,” katanya.

Tambahnya, pelaksanaan sebatan sangat berperikemanusiaan kerana menggunakan alat sebatan yang ringan, diperbuat daripada rotan kecil dan tanpa mencederakan pesalah.

“Kawasan yang dibenarkan untuk disebat adalah terhad dan tidak melibatkan bahagian sensitif seperti muka, kepala, perut dan dada,” katanya.

Pada 20 November lalu, media melaporkan seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang bakal dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.

Hukuman itu diputuskan mahkamah selepas tertuduh, Mohd. Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya