Perhimpunan Aman, laluan ke Menara Kinabalu dikawal ketat

Perhimpunan Aman, laluan ke Menara Kinabalu dikawal ketat

KAWALAN keselamatan di laluan utama menuju ke Menara Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Laluan masuk ke Menara Kinabalu dikawal ketat oleh pasukan keselamatan susulan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang diadakan petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan masuk utama dari arah Kota Kinabalu berhampiran jambatan Kingfisher ditutup sejak awal pagi tadi.

Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama peserta perhimpunan aman dijadualkan berarak sejauh lima kilometer dari UMS menuju ke Menara Kinabalu.

Dianggarkan ribuan peserta menyertai perhimpunan aman berkenaan.

Pekarangan di depan Menara Kinabalu turut dipenuhi dengan orang ramai yang menghadiri Karnival Ria.

Sementara itu, Himpunan Aman Bangkit Sabahan yang diadakan di pekarangan Anjung Senja Likas.

Peserta Himpunan Aman Bangkit Sabahan mula berkumpul sejak pukul 11 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya