Perdana Menteri zahir penghargaan kepada penjawat awam, swasta dan NGO

Perdana Menteri zahir penghargaan kepada penjawat awam, swasta dan NGO

ANWAR Ibrahim-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seramai 80,000 penjawat awam yang turun membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri juga memuji kerjasama padu antara semua agensi, kementerian dan kerajaan negeri dalam membantu mangsa-mangsa bencana.

Kata beliau, kerjasama tersebut perlu diteruskan memandangkan ia merupakan satu pentada yang sangat positif dalam menghadapi malapetaka.

Malah, beliau turut memuji penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk puluhan ribu sukarelawan yang telah turun membantu.

“Sementara kita hadapi masalah, kita melihat semangat kesatuan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, pelbagai daerah dan negeri itu sungguh luar biasa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan yang setinggi tingginya kepada mereka,” katanya semasa sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar juga sedang mengetuai pasukan Skuad Insan Madani bagi membantu proses pembersihan selepas situasi banjir kembali reda.

Katanya, penyelarasan banjir yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga sangat memuaskan.

“Saya juga menghargai kerana persiapannya berbulan-bulan sebelum itu. Mesyuarat di Persekutuan, kerajaan negeri dan wakil-wakil daerah dan ini menyebabkan langkah-langkah diambil seperti yang saya saksikan sendiri di Terengganu dan daripada rakan-rakan lain saksikan di Kelantan sangat memuaskan,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya