Penyakit berjangkit di PPS Terengganu 

Penyakit berjangkit di PPS Terengganu 

KASEMANI (kanan) bertanya khabar mangsa banjir ketika melawat PPS Kuala Nerus hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jangkitan saluran pernafasan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 969 kes diikuti jangkitan kulit sebanyak 166 kes.

“Jangkitan demam pula ialah sebanyak 63 kes manakala keradangan perut dan usus pula sebanyak 47 kes. Selain itu ada beberapa kes lagi jangkitan keradangan mata namun kita lega kerana tiada sebarang jangkitan kes penyakit serius atau wabak dilaporkan berlaku setakat ini,” katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kuala Nerus semalam

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 53 pasukan perubatan digerakkan di PPS seluruh negeri sepanjang musim banjir kali ini.

“Mereka telah mengendalikan sesi penerangan mengenai aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit sebelum, semasa dan selepas banjir ketika turun padang di PPS terlibat.

“Selain itu, petugas kita juga memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan rujukan sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan di PPS,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya