Penjual kelapa didakwa rogol anak saudara teman wanita 

Penjual kelapa didakwa rogol anak saudara teman wanita 

LOONG KAM FAHT didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan merogol remaja perempuan Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penjual kelapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel di Tampoi, Julai lalu.

Tertuduh, Loong Kam Faht, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman. 

Berdasarkan semua pertuduhan, Kam Faht didakwa merogol seorang remaja perempuan yang merupakan anak saudara teman wanitanya di sebuah hotel di Taman Munsyi Ibrahim, di sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 2, 9, dan 29 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Syufri A. Samad.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan dan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin, Nur Farah Wahida mencadangkan jaminan berjumlah RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Walau bagaimanapun, Syufri memohon jaminan yang bersesuaian memandangkan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung ibunya yang berusia 68 tahun dan menghidap kencing manis serta sakit jantung.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan, iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan, perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. 

Mahkamah turut menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya