Peniaga terpedaya jualan murah tepung, susu di media sosial, wang RM15,000 lesap

Peniaga terpedaya jualan murah tepung, susu di media sosial, wang RM15,000 lesap

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang peniaga kerugian wang hamper RM15,000 selepas terpedaya dengan pautan jualan susu dan tepung di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa iaitu lelaki berusia 50-an pada mulanya telah melihat iklan jualan murah barangan berkenaan di media sosial lalu menekan pautan yang terdapat di dalam iklan itu.

Menurutnya, mangsa kemudiannya mengisi butiran peribadi termasuk nombor akaun dan nombor pin ke dalam pautan tersebut.

“Selepas itu, sejumlah wang daripada akaun bank mangsa telah dipindahkan tanpa kebenaran, iaitu RM5,000, RM5,100, RM,2200, dan RM1,974.55 ke akaun dan platform lain.

“Susulan kejadian ini, wang dalam akaun mangsa berkurangan dan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 14,274.55,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa yang berasa telah ditipu kemudiannya membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak berkongsikan akses perbankan kepada pautan yang meragukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya