Peniaga rugi RM50,450 ditipu skim pelaburan tidak wujud 

Peniaga rugi RM50,450 ditipu skim pelaburan tidak wujud 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang peniaga kedai makan berputih mata selepas kerugian sebanyak RM50,450 akibat ditipu skim pelaburan tidak wujud dalam aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 53 tahun itu terpikat dengan tawaran lumayan dijanjikan skim pelaburan tersebut pada 30 November lalu.

“Mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak RM23,000 dengan modal permulaan RM1,000 dan diminta mengisi satu borang secara dalam talian yang mengandungi maklumat serta butiran peribadi.

“Setelah mengisi borang tersebut, mangsa telah membuat lapan transaksi pemindahan wang berjumlah RM50,450 sebagai modal pelaburan ke dalam empat akaun berbeza bermula 30 November sehingga 5 Disember

“Malangnya, sehingga kini mangsa tidak menerima  sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan oleh skim pelaburan tersebut,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya