Peniaga rugi RM117,000 pelaburan tidak wujud - Utusan Malaysia

Peniaga rugi RM117,000 pelaburan tidak wujud

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara ingin menambah pendapatan, seorang peniaga kerugiaan sehingga RM117,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Mangsa yang berusia 67 tahun itu menyertai satu skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa terpedaya melalui iklan yang diterima di aplikasi Whatsapp miliknya.

“Sekitar 8 November lalu, mangsa dihubungi suspek yang mengakui sebagai pemegang jawatan tinggi dalam Bursa Saham.

“Suspek turut menyatakan tiada cukai pelaburan dikenakan sekiranya menyertai pelaburan pada hari tersebut.  Tanpa berlengah, mangsa yang terpengaruh membuat sebanyak sembilan kali transaksi ke lapan akaun bank berlainan sebanyak RM117,000,” katanya.

Yahaya berkata, mangsa mula menyedari ditipu apabila gagal berhubung dengan saspek.

Katanya, susulan daripada trasaksi itu juga, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan sepertimana yang dijanjikan.

“Sumber kewangan mangsa adalah dari wang simpanannya sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya