Pengurus ladang sawit rugi RM205,983 terpedaya skim pelaburan tidak wujud 

Pengurus ladang sawit rugi RM205,983 terpedaya skim pelaburan tidak wujud 

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah ingin mendapat keuntungan berganda, seorang pengurus ladang sawit di daerah ini mendakwa kerugian kira-kira RM205,983 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian, bulan lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 56 tahun itu tampil membuat laporan polis petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman selepas menyedari dia tertipu dengan skim yang disertai menerusi media sosial itu. 

“Lelaki itu mendakwa, pada awalnya dia memasukkan wang ke akaun yang diberikan dengan jumlah RM5,000 dan telah memperoleh pulangan sebanyak RM4,708.50.

“Dia yang mula yakin dengan pulangan itu kemudian membuat 11 kali lagi transaksi ke lapan akaun bank yang berbeza hingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM205,983,” katanya semalam.

Wan Muhamad berkata, transaksi itu dilakukan lelaki itu bermula 4 November hingga 24 November lalu. 

“Sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya