Pengurus ladang sawit rugi RM205,983

Pengurus ladang sawit rugi RM205,983 ditipu skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah ingin mendapat keuntungan berganda, seorang pengurus ladang sawit di daerah ini kerugian kira-kira RM205,983 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian, bulan lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 56 tahun itu tampil membuat laporan polis petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Kemaman selepas menyedari dia tertipu dengan skim disertai menerusi media sosial itu. 

“Lelaki itu mendakwa, pada awalnya dia memasukkan wang ke akaun yang diberikan dengan jumlah RM5,000 dan telah memperoleh pulangan sebanyak RM4,708.50.

“Dia yang mula yakin dengan pulangan itu kemudian membuat 11 kali lagi transaksi ke lapan akaun bank yang berbeza hingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM205,983,” katanya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya