Penghuni syurga berumur 33 tahun?

Penghuni syurga berumur 33 tahun?

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penghuni syurga berumur 33 tahun?

Soalan
Benarkah ada riwayat mengatakan umur penghuni syurga lebih kurang 33 tahun bermakna semua penghuni syurga nanti muda-muda belaka?

Farlan
Tanjung Malim

JAWAPAN
Memang penghuni syurga muda dan tidak tua kerana mizan akhirat tidak sama dengan mizan dunia. Mizan akhirat tidak ada buang air kecil dan air besar, tidak seperti di dunia begitu juga tidak tua di akhirat.

Sah ibadah umrah

Soalan
Saya menunaikan umrah dua tahun lalu. Pada hari terakhir di kota suci Mekah, waktu berlepas dilewatkan atas sebab tertentu. Kami ditransitkan di hotel lain.
Pada hari itu, saya mengalami selsema dan batuk. Oleh itu, saya mengambil sekotak tisu dalam hotel transit untuk kegunaan sepanjang perjalanan ke airport. Persoalan saya, adakah saya akan dikenakan dam umrah kerana mengambil sekotak tisu di hotel transit setelah membuat tawaf Wada’. Boleh ustaz berikan percerahan?

Liza
Sungkai Perak

JAWAPAN:
Insya-Allah ibadah umrahnya sah tidak ada apa-apa dam yang dikenakan. Kalau tidak keberatan boleh wakilkan orang di sana untuk membayar denda atau kafarah.

Lelaki menyerupai wanita dilaknat

Soalan
Apa hukumnya seorang lelaki berpakaian dan berkelakuan sama seperti wanita? Apa pandangan Islam dan nasihat ustaz?

Zuraidah
Seri Kembangan

JAWAPAN
Hukum lelaki berpakaian dan menyerupai perempuan adalah terlarang dan dilaknat. Namun, dia ada masa untuk berubah dan bertaubat untuk kembali ke jalan yang lurus. Orang yang terdekat atau keluarga, boleh juga menasihati dan mendoakan agar dia berubah.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya