Penghantar barang OKU tidak mengaku jadi keldai akaun

Penghantar barang OKU tidak mengaku jadi keldai akaun

MUHAMMAD Harizi Abu Bakar (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Balik Pulau, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu menjadi keldai akaun sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM22,480 kepada mangsa.

Tertuduh, Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dalam milikannya iaitu dalam akaun sebuah bank, wang berjumlah RM10,800 milik seorang lelaki berusia 32 tahun.

Tertuduh didapati telah menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 November lalu, kira-kira pukul 6.05 petang, bertempat di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Sementara itu, mengikut pertuduhan kedua pula, tertuduh didapati ada dalam milikannya iaitu dalam akaun bank miliknya wang berjumlah RM11,680 milik seorang lelaki, berusia 62 tahun.

Tertuduh didapati telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki di Kuala Lumpur melalui penghantaran kurier.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 14 November lalu, kira-kira pukul 1.36 tengah hari, bertempat di sebuah rumah di Bayan Lepas.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 424B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Sabit kesalahan, dia boleh didenda antara RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara antara satu hingga tujuh tahun, atau kedua-keduanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala tertuduh diwakili peguam, Yusmadi Yusoff.

Ketika prosiding, Jin Hong memohon mahkamah untuk mengenakan wang jaminan berjumlah RM10,000 terhadap tertuduh. Bagaimanapun, Yusmadi meminta wang jaminan minimum dikenakan kepada anak guamnya memandangkan lelaki itu hanya berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan selain mempunyai seorang anak kecil yang tinggal bersama keluarga mertuanya di Manjong, Perak.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan sebutan semula kes pada 27 Januari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya