Penggunaan kuasa veto babit isu keganasan perlu diharamkan

Penggunaan kuasa veto membabitkan isu keganasan perlu diharamkan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penggunaan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membabitkan isu keganasan perlu diharamkan sementara menunggu ia masih tidak dihapuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, struktur lapuk UNSC dan proses membuat keputusan dalam satu-satu isu menghalang badan itu daripada memenuhi mandatnya.

Katanya, kuasa veto melumpuhkan UNSC pada masa sama tidak inklusif tanpa kehadiran wakil dari benua Afrika dan Amerika Latin mencerminkan ia sudah ketinggalan zaman.

“UNSC sepatutnya menjadi badan bertindak namun sebaliknya ia sering buntu. Kesannya, kita melihat apa berlaku terhadap Gaza, penganiayaan Rohingya dan perang di Ukraine.

“Sehingga kuasa veto ini dihapuskan, kita mesti menetapkan dengan jelas peraturan untuk penggunaannya. 

“Kuasa veto harus diharamkan (digunakan) dalam kes keganasan, memerlukan sokongan lebih meluas membabitkan kedua-dua ahli tetap dan tidak tetap serta tertakluk kepada ratifikasi oleh Perhimpunan Agung PBB melalui majoriti mudah,” katanya dalam ucapannya pada Forum Tindakan Bersama 2024, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, kuasa veto diberikan kepada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dikenali sebagai ‘P5’.

P5 terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Russia, China dan Perancis, kelima-lima negara ini berhak menolak sebarang draf resolusi atau keputusan undang-undang yang dikemukan dalam UNSC.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, dunia kini berada di persimpangan yang sangat kritikal dalam mencapai keadilan global.

Beliau turut menekankan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin merosakkan asas orde dunia.

“… jenayah perang, hukuman kolektif dan genosid adalah penghinaan terang-terangan terhadap norma undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya.

Seperti yang Malaysia kemukakan di PBB, Anwar berkata, dunia mesti mengambil langkah berani dan segera, bermula dengan embargo senjata terhadap Israel.

Namun, katanya, kekejaman tindakan Israel memerlukan tindakan yang lebih, termasuk konsensus global untuk menggantung atau mengusir Israel daripada PBB.

Reformasi UNSC adalah salah satu bidang utama yang dicadangkan oleh Anwar menjalani reformasi segera bagi menjamin dunia yang lebih adil.

Bidang-bidang yang turut dicadangkan adalah seni bina kewangan antarabangsa, sistem perdagangan antarabangsa dan pembiayaan serta keadilan iklim.

Pada Debat UNSC di New York, September lalu, Malaysia mengemukakan rayuan untuk mengehadkan penggunaan kuasa veto di UNSC.

Anwar menekankan penggunaan veto yang tidak terkawal menghalang usaha-usaha keamanan, terutamanya dalam kes Palestin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya