Pengetua dituduh berkomunikasi, amang seksual terhadap pelajar

Pengetua dituduh berkomunikasi, amang seksual terhadap pelajar

MOHD. Tajudin Mokhtar (tengah) yang dituduh berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuannya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG:  Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret  di sini, hari ini atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal  terhadap pelajar perempuannya, Julai lalu. 

Mohd. Tajudin Mokhtar, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli. 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa berusia 16 tahun di pejabatnya di sekolah berkenaan pada 2 Julai lalu, pukul 8.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan  Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Mohd. Tajudin didakwa melakukan amang seksual fizikal bukan fizikal dengan cara menunjukkan gambar-gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa di tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(e) akta sama  yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd Razak dan tertuduh diwakili peguam, Abdul Haiyyi Salim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya